Saturday, November 8, 2008

PANDANGAN TERHADAP PERANAN DAN KERELEVANAN TEORI-TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Oleh,
Mohd Hasril Amiruddin
Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertakluk kepada pelajar sekolah menengah sahaja, tetapi dalam pembelajaran di peringkat tertinggi juga amat praktikal digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Multimedia memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, ini kerana penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran memudahkan dan menarik. Sehubungan itu, kemahiran yang tinggi juga diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya di dalam bidang pendidikan. Ini kerana aspek-aspek seperti reka bentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia agar proses penggajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Bagi memastikan tahap keberkesanan multimedia yang dibangunkan, oleh itu pereka yang terlibat dalam merekabentuk sistem multimedia hendaklah menerapkan teori-teori yang releven seperti teori pembangunan multimedia, teori rekabentuk pengajaran, teori penyebaran inovasi, teori pembelajaran, teori penilaian dan sebagainya. Penerapan teori-terori dapat memastikan mutimedia yang dibangunkan dapat diterima dan digunakan dengan berkesan terutamanya di dalam pendidikan. Oleh itu, fokus utama di dalam kertas kerja ini adalah melihat dan memberi pandangan berkaitan penggunaan serta kerelevanan multimedia di dalam bidang pendidikan. Ulasan akan dibuat berdasarkan kepada beberapa jurnal dan prosiding penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan multimedia yang telah dipilih.
P/S: untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila email kan pada mohdhasril@gmail.com

No comments: