Friday, November 7, 2008

PENILAIAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN

Guru yang professional perlu memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang menentukan kejayaan mereka dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki meningkatkan keyakinan diri guru dalam menterjemahkan kehendak dasar, kurikulum dan pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang mesti diketahui meliputi pelbagai, reflektif dan penyelesaian masalah.
Pendidikan alaf baru menyaksikan perkembangan teknologi pendidikan berkembang dengan begitu pantas. Tidak dinafikan, sejak dasar PPSMI diimplimentasikan di sekolah-sekolah pada tahun 2003, kebanyakan guru-guru telah didedahkan dengan kemahiran menggunakan ICT melalui pelbagai kursus yang dianjurkan samaada oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pusat sumber Pendidikan Negeri ataupun Pusat Kegiatan Guru. Matlamat utama pendedahan ini bagi memastikan guru-guru mahir dalam menggunakan ICT seterusnya menggunakan bahan-bahan pengajaran berbentuk ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Bidang Teknologi Pengajaran adalah satu bidang pengajaran yang preskiptif dan melihat kepada proses rekabentuk, pembinaan, implementasi, utilisasi dan pengurusan bahan pengajaran berdasarkan kaedah, keadaan dan dapatan yang berlainan. Apa yang diperlukan oleh pengamal bidang pendidikan adalah bahan pengajaran yang efektif, efisyen dan menarik (Reigeluth, 1983). Salah satu kaedah pembelajaran yang akan dibincangkan di dalam tugasan ini adalah pembelajaraan berasaskan web.
Apa yang yang dapat kita lihat disini, penggunaan ICT terutamanya dalam pembelajaran web merupakan satu proses pengajaaran dan pembelajaran yang boleh dikatakan berkesan serta mendapat sambutan yang positif oleh guru dan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Disamping itu juga, guru hendaklah berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam dalam bidang ICT, supaya guru dapat menggunakan kemahiran yang ada secara maksimum dalam menentukan kejayaan pendidikan Negara. Persoalannya di sini adakah proses reka bentuk pengajaran web ini berkesaan secara maksimum?adakah kumpulan sasaran berpuashati dengan kaedah ini?adakah isi kandungan releven dan mudah dicapai?. Artikel yang hendak di ulas ini berkaitan dengan Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web.
Artikel yang hendak diulas ini berkaitan dengan Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web yang di tulis oleh Abdul Latif Haji Gapor & Mohamed Syaharani Ramli daripada Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Isi kandungan artikel ini merupakan satu laporan yang disediakan untuk Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-9. Secara umumnya, laporan ini menyentuh berkaitan dengan pengalaman pelajar dalam menggunakan system pengurusan pembelajaran berasaskan web yang dikenali sebagai MyGuru.
Perubahan baru paling ketara adalah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mengintegrasikan kaedah bersemuka di antara pensyarah dengan pelajar melalui kaedah dalam talian. Setelah web dibangunkan, kaedah pembelajaran berasaskan web ini wajar dinilai untuk melihat pandagan dan perspektif pelajar dalam penggunaan kaedah ini. Perkara yang dinilai secara khususnya, melibatkan keupayaan sistem dalam melancarkan penggunaan web tersebut.
Di samping itu juga maklumat yang terdapat didalam artikel ini juga boleh digunakan bagi membimbing tenaga pengajar dalam menyediakan bahan bantu mengajar atau kaedah untuk sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan dan afektif. Pembelajaran berasaskan web merupakan salah satu konsep yang telah ditekan di dalam laporan ini bagi membantu tenaga pengajar dalam mencapai objektif pengajaran. Di dalamnya juga, terdapat beberapa elemen dan pendekatan yang telah di titik beratkan dalam menjana serta memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan bersistematik berbanding dengan kaedah tradisional..
Setelah kita melihat secara umumnya berkaitan dengan dengan artikel ini, apa yang dapat saya rangkumkan secara ringka, berkaitan dengan maklumat yang terkandung di dalam artikel tersebut, adalah berkaitan dengan penilaian dan penambahbaikan setelah program MyGuru diuji kepada pelajar. penyediaan dan penekanan atau tumpuan yang harus diberi perhatian oleh tenaga pengajar sebelum merekabentuk bahan bantu mengajar atau kaedah pembelajaran yang lebih afektif dan berkesan dari semua aspek supaya pelajar dan guru dapat mengakses web dengan lancar.
Dalam membentuk program laman web seperti MyGuru ini, terdapat beberapa model-model atau teori yang berkaitan dengan pembangunan media. Bagi menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan, ramai penyelidik telah mencadangkan model pembelajaran melalui web. Terdapat beberapa jenis model pembelajaran yang dicadangkan oleh beberapa orang penyelidik seperti Duchastel (1997), Reeves dan Reeves (1997), El Tigi dan Branch (1997) dan Brown (1997), (di dalam : Dr. Baharuddin Aris et. al., 2000).
Penggunaaan media instruksional di kalangan guru dapat ditingkatkan sekiranya kemudahan disediakan. Di dalam program web MyGuru ini, Teori Kesediaan Media digunakan untuk menunjukkan terdapat perkaitan di antara kesediaan media dengan penggunaannya dan nilai pembelajaran pelajar. Faktor pendedahan seperti latihan amat diperlukan sebagai penyumbang kepada pengetahuan dan kemahiran pedagogi. Latihan mengintegrasikan media dengan kaedah menjadi keperluan tenaga pengajar dalam usaha meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran.
Sejajar dengan Teori Kesediaan Media, maka penyediaan pihak pengurusan UPSI dengan sistem pembelajaran berasaskan web atau MyGuru yang dijangka mendapat sambutan positif dalam usaha memajukan pedagogi pengajian peringkat universiti. Di dalam kajian ini, seharusnya pengkaji menerangkan kesan penggunaan Teori Kesediaan Media dengan lebih teratur, terperinci dan memberi contoh. Ini supaya, pembaca dapat melihat dengan jelas kegunaan atau aplikasi teori tersebut di dalam program web MyGuru.
Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Latif Haji Gapor & Mohamed Syaharani Ramli daripada Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Artikel yang ditulis adalah berkaitan dengan Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web. Apa yang perlu di diberi perhatian dalam kajian ini adalah aspek penilaian di mana pengkaji boleh menerapkan model-model penilaian dalam sistem pengajaran seperti Model Tyler, Model Stufflebeam, Model Stake, Model Scriven dan sebagainya.
Dengan menggunakan model-model tersebut sebagai asas panduan semasa menjalankan proses penilaian web MyGuru, proses perjalanan kajian akan menjadi lebih teratur dan bersistematik. Ini secara tidak langsung data yang diperolehi lebih effektif dan terperinci berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Pengkaji juga hendaklah mengambil kira aspek penyediaan bahan / alat pengukuran di dalam borang soal selidik, supaya ianya dapat menjawab persoalan kajian dengan lebih berkesan.

1 comment:

siti noor faizah said...

tq. artikel sangat bermanfaat kepada semua warga guru